• Twitter
  • Technocrati
  • stumbleupon
  • flickr
  • digg
  • youtube
  • facebook

Follow our Network

PELUANG YANG TIDAK DIREBUT

0

Labels:


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sudah lama tidak update blog ni. Jadi kali ini terimalah sedikit perkongsian untuk memberi peringatan kepada kita semua. Diharap dapat mengambil ibrah daripada apa yang akan ditulis kat bawah nih. Siap ada gambar di Giza lagi tu. Itu hadiah sebab dah lama tak update blog ni =)

Yang pertama dan selamanya marilah kita rafa'kan kesyukuran kepada Allah SWT di atas nikmat yang besar iaitu nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana kita semua terpilih sebagai umatnya yang disebut sebagai umat yang terbaik seperti dalam firman Allah di dalam Surah Ali 'Imran ayat 110 yang bermaksud:

"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma'aruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah."

Di dalam kita tidak sedar, nikmat yang besar selain nikmat Iman dan Islam ialah nikmat sihat dan nikmat kelapangan masa. Namun masih ramai lagi yang tidak menyedari akan kebesaran nikmat-nikmat ini.

Seperti yang disebut dalam sebuah hadis:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : نِعْمَتَانِ مَبْغُونٌ فِيهِما كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ, الصِّحَّةُ والفَرَاغُ.
 (رواه البخاري)

Maksudnya: Daripada Abdullah bin Abbas RadhiAllahu 'anhuma berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Ada dua nikmat yang selalu disia-siakan oleh sebahagian besar manusia, iaitu nikmat
sihat dan nikmat kelapangan masa."

Mari kita sama-sama renungkan, betapa banyaknya masa yang kita ada dalam kehidupan seharian kita.
Adakah kita menghabiskan masa kita untuk tidur? leka dibuai mimpi dan angan-angan yang kosong?atau perkara-perkara tidak berfaedah yang lain?

Atau kita menghabiskan masa kita dengan banyak berzikir mengingati Allah?mentelaah pelajaran?menghabiskan kitab-kitab kuliah?banyak membaca bahan ilmiah?

Bagaimana kita menggunakan nikmat sihat dan kelapangan masa yang diberi kepada kita? Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita. Sementara masih diberi kedua-dua nikmat tersebut, hendaklah kita menggunakannya dengan baik. Sementara kita masih sihat ini, gunakanlah kesihatan kita untuk bekerja untuk Islam, gunakanlah kesihatan kita untuk berusaha, belajar bersungguh-sungguh demi ibubapa kita yang menunggu di tanah air, gunakanlah kesihatan kita ke arah kebaikan.

Apabila nikmat itu ditarik, sakit, terlantar di hospital dan badan pun sudah tidak bermaya lagi, maka ketika itulah kita sedar betapa besarnya nikmat kesihatan dan kelapangan masa yang telah kita sia-siakan. Oleh itu, rebutlah peluang kesihatan dan kelapangan masa yang masih dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kita dan berusahalah untuk mengisinya dengan ketaatan dan amal-amal kebaikan. Wallahu'alam.
(dimasukkan didalam risalah lajnah dakwah badan kebajikan anak selangor mesir 2012)

Comments (0)