• Twitter
  • Technocrati
  • stumbleupon
  • flickr
  • digg
  • youtube
  • facebook

Follow our Network

UJIAN BUKAN UNTUK MELEMAHKAN KITA

0


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Aku berdiri teguh, kuatkan semangat untuk bangun, pergi ke kuliah walaupon dalam keadaan yang agak panas dan terik. Dalam keadaan itu mestilah memerlukan air sebagai sokongan untuk mengembalikan tenaga yang telah keluar bersama keringat.
Alhamdulillah dapat beli satu botol kecil air mineral untuk dibawa bersama. Minum sedikit sahaja sebab untuk berjimat sehingga habis waktu kuliah. Aku menaiki bas untuk ke kuliah, duduk di tempat yang disediakan belakang sekali bersama orang-orang Mesir yang lain.
Seketika selepas itu, ada seorang pekerja yang aku rasa dia bekerja sebagai “pembersih kawasan” disini menaiki bas tersebut. Dia membayar tambang sebanyak LE 1 kepada konduktor bas lalu terus duduk disebelahku yang mempunyai ruang kosong. Dia senyum kepadaku dan aku membalas senyumnya kembali.
Ditanganku terdapat sebuah botol yang berisi air dan diminta sedikit oleh orang itu. Menurut pengalaman orang-orang arab mesir ni bila minta air dan kita beri mereka minum sampai habis. Dan bila orang lain minta katakan padanya sedikit je. Tapi kali ini aku beri terus tanpa mensyaratkan apa2 kepadanya.
Lalu dia berkata “Tidak apa, aku hanya mahu melihat samada kamu memberi atau tidak”
Aku membalas : “tidak, minum saja”

Dia pun berkata : “Aku hanya menguji kamu.” sambil senyum kepadaku.

“Dari mana?Malaysia?” dia bertanya.

“Aiwah” jawabku.
“Ahsan Nas (sebaik-baik manusia)” balasnya sambil tersenyum.
Aku hanya mampu tersenyum. Lalu dia beredar dari situ dan pergi kepada orang lain yang mempunyai air dan melakukan perbuatan yang sama seperti yang dibuat kepadaku. Ada yang bagi air dan ada yang tak bagi. Tersenyum lagi….

Teringat firman Allah didalam Surah Al-Ankabut ayat 2 :





Yang Bermaksud :
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan “Kami telah beriman” dan mereka tidak diuji?”
Setiap daripada manusia yang beriman pasti akan diuji. Kaya ataupon miskin, tua ataupon muda, besar atau kecil, bos hingga ke cleaner, guru ataupon pelajar, suami ataupon isteri hatta seorang Ulama’ pon akan diuji oleh Allah.  Itu janji Allah yang kita semua wajib akui sebagai orang yang beriman. Setiap ujian daripada Allah adalah untuk menguji kita kebergantungan kita kepada Allah.
Rasulullah s.a.w kekasih Allah pon diuji Allah s.w.t. Bagaimana ujian dan dugaan yang Allah beri kepada kekasihNya adalah untuk menambahkan kekuatan kepada Rasulullah untuk membawa syiar Islam dimuka bumi ini sehingga tersebar luas hasil dakwah Rasulullah s.a.w satu ketika dahulu sehingga sekarang Syiar Islam sekali lagi akan tertegak membentuk sebuah Khalifah Islamiyyah.
Allah menguji seseorang menandakan Dia masih sayang dengan kita supaya kita sentiasa memohon petunjuk dari-Nya dan juga supaya kita sentiasa mengadu padaNya. Segala bentuk ujian yang datang untuk membentuk diri kita terus menjadi kuat untuk ujian yang akan datang. Semakin tinggi nilai iman dan ketaqwaan seseorang  semakin berat ujian yang diberikan oleh Allah kepada seseorang.
Dan apabila seseorang itu tidak diuji hendak dia merenung kembali mengapa dirinya tidak diuji. Mohonlah petunjuk dan hidayah dariNya.
Dan apabila kita diuji ingatlah firman Allah didalam Surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud :
“Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”
Dan mohonlah doa seperti yang disebut didalam Al-Furqan yang bermaksud :
“Ya tuhan kami, janganlah Engkau membebani kami dengan beban yang berat sebagaimana yang Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami “
Semoga kita terus kuat hidup di bumi Allah ini dengan ujian yang datang dari Allah. Mari kita sama-sama renungkan kembali adakah kita pernah diuji sebelum ini dan adakah iman dan kebergantungan kita kepada Allah tetap tinggi sebelum,semasa dan selepas kita diuji. Wallahu’alam.

Dialog dengan seorang pramugari

0

بسم الله الرحمن الرحيمالسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Berdetik masa membawa kita ke suatu tempat yang hiba pacaroba bersaksi mata telah tiada dijangkauinya...

Memang lama sangat-sangat tak "update" blog ni..kata orang bapak lama tak update..last pon bulan Januari..sekarang bulan Mei dah nak masuk Jun..x kisahla..asalkan update daripada tak update langsung..hahaha
أستغفر الله العظيم...
 

Bersyukur kehadrat Allah taala yang masih memberikan nikmat kehidupan,Iman, Islam dan Tarbiyyah dalam Islam yang membuatkan diri ini masih kuat bertapa dibumi yang kaya dengan keindahan ciptaan Allah s.w.t. Pejam celik pejam celik rupa2nya sudah hampir 10 bulan berada di bumi Nabi Musa a.s iaitu Mesir nih.

Pelbagai ragam sebelum datang dan sepanjang keberadaan di Mesir nih. Ada yang pahit dan ada yang manis ada yang masam dan yang masin untuk ditelan pon ada di negara ni. Seketika waktu lapang melihat kapal terbang yang seringkali lalu di awangan Hayyu 'Asyir teringat satu kisah (kisah benar ni) semasa transit di Bahrain sebelum berlepas ke Mesir dengan kapal terbang Gulf Air. Maka disitu berlaku sebuah dialog seorang penumpang dengan seorang pramugari yang berasal dari Czech Republik : (campur-campur bahasa yer)

Mr B : Ermm madam.

Madam : Yes?

Mr. B : I want to eat?

Madam : Kenapa kamu cakap begitu?kamu tidak boleh bercakap begini?
               Sepatutnya kamu berkata begini "May I have some food to eat?" kan begitu lagi sopan?it's right?

               Kamu belajar ambil kos apa?

Mr B : Ermm Islamic Studies (dengan malu dan tunduk)

Madam : Oh itu bagus, setahu saya Islamic Studies mengajar supaya kita bersopan setiap kali bertutur kata 

               dengan seseorang. Bukankah begitu?


Mr B : Saya tahu. Saya lemah didalam English.

Madam : Saya faham, saya cuma menasihati kamu. Cuma lepas ini jangan lagi berkata begitu setiap kali

               kamu meminta sesuatu kepada seseorang okay? :)

Mr B : Okay :) saya faham :)

Madam : Okay..sekarang kamu ulang balik apa yang patut kamu cakap..

Mr. B : Can I have some food to eat..madam?

Madam : Begitulah :) Okay selepas kapal terbang ini berlepas saya akan bawakan kamu makanan okay :)

              Sila bersabar sebentar :)


Begitulah antara perbualan dengan pramugari tu. Pengajaran yang dapat daripada perbualan pendek diatas ialah setiap kali kita memulakan perbicaraan percakapan ucapan perbualan terguran dan sebagainya hendaklah kita mulakan dengan perkataan, bahasa dan cara yang sopan sepertimana yang di ajar didalam Islam yang disebut didalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

Allah berfirman didalam suruh al-baqarah ayat 83 yang bermaksud:



                  "Dan bertutur katalah yang baik kepada manusia, laksanakanlah solat dan tunaikan zakat"

Dan daripada hadis yang ke 15 daripada Hadis 40 Imam An-Nawawi:



عن أبي هـريـرة رضي الله عـنه ، ان رســول الله صلي الله عـليه وسـلـم قــال : ( مـن كـان يـؤمن بالله والـيـوم الأخـر فـلـيـقـل خـيـرًا أو لـيـصـمـت ، ومـن كــان يـؤمن بالله واليـوم الأخر فـليكرم جاره ، ومن كان يؤمن بالله واليوم الأخر فليكرم ضيفه ).
رواه البخاري [ رقم : 6018 ] ، ومسلم [ رقم : 47 ].



Abu Hurairah, radiyallahu 'anhu, reported that the Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, said:
"Let whosoever believes in Allah and in the Last Day either speak good or be silent. Let whosoever believes in Allah and in the Last Day honour his neighbour. Let whosoever believes in Allah and in the Last Day honour his guest."
[Al-Bukhari & Muslim]


Hadis ini menerangkan beberapa tuntutan lman, antaranya ialah berkata hanya perkara benar dan
berfaedah, kurang bercakap, menghormati jiran tetangga dan memuliakan tetamu. Dan juga janganlah kita mencaci, mengejek, menghina orang lain lag2 dengan perkataan yang tidak sepatutnya keluar daripada seorang Muslim.

Post diatas adalah untuk membawa sahabat-sahabat yang sedang membaca, merenung kembali apakah perkataan yang telah keluar daripada mulut yang dikurnikan oleh Allah..adakah kita menggunakannya dengan sebaik mungkin atau sebaliknya?
TENANG FIKIR RENUNG MUHASABAH UBAH DIRI KEARAH LEBIH BAIK =)

WALLAHU'ALAM

PELUANG YANG TIDAK DIREBUT

0

Labels:


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sudah lama tidak update blog ni. Jadi kali ini terimalah sedikit perkongsian untuk memberi peringatan kepada kita semua. Diharap dapat mengambil ibrah daripada apa yang akan ditulis kat bawah nih. Siap ada gambar di Giza lagi tu. Itu hadiah sebab dah lama tak update blog ni =)

Yang pertama dan selamanya marilah kita rafa'kan kesyukuran kepada Allah SWT di atas nikmat yang besar iaitu nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana kita semua terpilih sebagai umatnya yang disebut sebagai umat yang terbaik seperti dalam firman Allah di dalam Surah Ali 'Imran ayat 110 yang bermaksud:

"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma'aruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah."

Di dalam kita tidak sedar, nikmat yang besar selain nikmat Iman dan Islam ialah nikmat sihat dan nikmat kelapangan masa. Namun masih ramai lagi yang tidak menyedari akan kebesaran nikmat-nikmat ini.

Seperti yang disebut dalam sebuah hadis:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : نِعْمَتَانِ مَبْغُونٌ فِيهِما كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ, الصِّحَّةُ والفَرَاغُ.
 (رواه البخاري)

Maksudnya: Daripada Abdullah bin Abbas RadhiAllahu 'anhuma berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Ada dua nikmat yang selalu disia-siakan oleh sebahagian besar manusia, iaitu nikmat
sihat dan nikmat kelapangan masa."

Mari kita sama-sama renungkan, betapa banyaknya masa yang kita ada dalam kehidupan seharian kita.
Adakah kita menghabiskan masa kita untuk tidur? leka dibuai mimpi dan angan-angan yang kosong?atau perkara-perkara tidak berfaedah yang lain?

Atau kita menghabiskan masa kita dengan banyak berzikir mengingati Allah?mentelaah pelajaran?menghabiskan kitab-kitab kuliah?banyak membaca bahan ilmiah?

Bagaimana kita menggunakan nikmat sihat dan kelapangan masa yang diberi kepada kita? Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita. Sementara masih diberi kedua-dua nikmat tersebut, hendaklah kita menggunakannya dengan baik. Sementara kita masih sihat ini, gunakanlah kesihatan kita untuk bekerja untuk Islam, gunakanlah kesihatan kita untuk berusaha, belajar bersungguh-sungguh demi ibubapa kita yang menunggu di tanah air, gunakanlah kesihatan kita ke arah kebaikan.

Apabila nikmat itu ditarik, sakit, terlantar di hospital dan badan pun sudah tidak bermaya lagi, maka ketika itulah kita sedar betapa besarnya nikmat kesihatan dan kelapangan masa yang telah kita sia-siakan. Oleh itu, rebutlah peluang kesihatan dan kelapangan masa yang masih dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kita dan berusahalah untuk mengisinya dengan ketaatan dan amal-amal kebaikan. Wallahu'alam.
(dimasukkan didalam risalah lajnah dakwah badan kebajikan anak selangor mesir 2012)

Antara Sahabat dan Ikhwan

1

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Ku lihat pemandangan yang indah lagi cantik ku dengar desiran air yang mengalir ku melihat susuk tubuh kucing yang comel tidaklah diciptakan semata-mata untuk kepentingan manusia sahaja malah kita hendaklah berfikir mengenainya supaya kita mengenal siapa pencipta semua ini. Jadi kita perlu bersyukur kepada Allah yang telah memberikan kita ruang untuk hidup sebagai seorang yang mengucapkan "shahadatain". InsyaAllah hari ini nak tulis tentang antara sahabat dan ikhwan. Ikuti kisahnya:

 Pada suatu hari terjadi percakapan antara Nabi s.a.w dengan Abu Bakar As-Siddiq. Sahabat-sahabat yang lain pun ada mendengarkannya. 
"Wahai Abu Bakar, begitu rinduku hendak bertemu dengan saudara-saudaraku (Ikhwan)," berkata Nabi Muhammad s.a.w

Keterangan Nabi itu sungguh menghairankan Abu Bakar dan sahabat-sahabat yang lain. Nabi segera memahami suasana yang ada bila keterangan baginda mengejutkan Abu Bakar dan sahabat-sahabat yang ada. Maka segeralah baginda menghuraikannya.

"Ikhwan (saudara-saudara) ku."
"Mereka belum pernah melihat aku, tetapi mereka beriman dengan aku sebagai Rasulullah dan mereka mencintaiku. Aku dicintai melebihi dari anak dan orang-orang tua mereka."

"Ya Rasulullah, bukankah kami ini ikhwan engkau?" tanya sahabat baginda, mereka masih berasa hairan dan ingin tahu penjelasan baginda Rasulullah s.a.w.

"Kamu semua adalah sahabat-sahabatku," jelas Nabi.

"Wahai Abu Bakar, adakah engkau tidak akan merindui kepada ikhwanku kerana mereka juga mencintai engkau kerana engkau sahabatku.? Demikian Nabi memperjelaskan perkara itu.

Begitulah Nabi Muhammad s.a.w menerangkan bahawa mereka itu umat sesudah wafatnya baginda. Mereka itu beriman kepada Allah dan RasulNya walaupun mereka tidak pernah bertemu dengan baginda. Mereka membaca al-quran dan hadis dan kerana itu mencintai Nabinya sebagai Rasulullah yang terakhir. Mereka juga mencintai Abu Bakar As-Siddiq dan sahabat-sahabat Nabi yang berjuang menegakkan Islam. 
Wallahu"alam....

Lagu Tema Imam Muda 2 -HambaMu- (Mawi & Akhil Hayy)

0






OWh ho..
Mawi:  
Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

C/O (dua-dua) 
Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah 

Owh ho owh ho
Hambamu Allah.....

Mawi 

Sekiranya takdir menguji
Cekalkan hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam

Akhil Hayy 

Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui 

Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah



Download disini

Buku: Kisah Ringkas Kehidupan Rasulullah s.a.w.

0

Pada hari jumaat 1 April 2011 ada seorang jurujual buku telah meng'offer' buku yang berjudul Kisah Ringkas Kehidupan Rasulullah s.a.w. Harga boleh tahan hanya RM 10 buku ini dikarang oleh Nawawi Dusuki dan diterbitkan oleh WHOLESALE-MART BUSINESS SDN.BHD.


Terdapat sebanyak 82 kisah yang diringkaskan didalam buku ini. InsyaAllah kita akan sama-sama berkongsi kisah yang terdapat didalam buku ini. Semoga pengetahuan kita untuk mengetahui lebih lanjut kisah-kisah Rasulullah akan bertambah sekali gus membuatkan kita akan mencintai kekasih Allah ini.

Ini senarai rujukan: (ada dalam gambar)



Rancangan Barat untuk Menghancurkan Islam

0

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah berjumpa lagi kita yer...kali ini nak posting tentang rancangan barat untuk menghancurkan agama Islam, walaupun banyak yang mereka rancang untuk menghancurakan Islam tetapi kita perlu ingat bahawa Allah sentiasa memelihara agamaNya. Antara rancangan barat adalah menanamkan semangat nasionalisma, mendorong perpecahan dikalangan umat Islam, memprovokosikan rakyat untuk menentang khalifah dan banyak lagi seperti yang dibawah. Harap ia dapat membuatkan kita sedar akan tipu daya mereka ini.

1) Melenyapkan sistem pemerintahan Islam

Sejak abad ke 16, Turki telah kuasa besar dunia. Empayar Islam Turki menjangkaui sebahagian besar benua Eroprah, Afrika dan Asia Barat. Sistem pemerintahan khalifah Turki amat digeruni oleh pihak barat. Negara-negara barat telah mengadakan perjanjian suci untuk membendung pengaruh dan menghapuskan kekuasaan Turki. Beberapa siri peperangan telah dilancarkan oleh negara-negara barat untuk melemahkan kedudukan pemerintahan Islam di Turki. Ini dilakukan dengan menjajah dan menduduki wilayah Islam yang berada di bawah kekuasaan Turki. Perancis bukan sahaja menduduki al-Jazair, Tunisia dan Morocco tetapi juga telah diberikan kebenaran oleh barat untuk menguasai Lebonan. Proses pecah dan perintah yang diamalkan oleh barat ternyata telah berjaya melemahkan Turki dan negara Islam yang lain di samping menaja pelbagai gerakan yang berbentuk sekular untuk menggantikan pemerintahan yang berbentuk Islam.


2) Menghapuskan Al-Quran
Bekas Setiausaha Tanah Jajahan Britain, William Gladstone pernah menyatakan bahawa selagi al-Quran wujud, selama itu orang barat tidak dapat menguasai dunia Islam dan benua Eropah tidak akan berada dalam keadaan yang aman. Bekas Gabenor Perancis di Arab sewaktu berucap pada ulang tahun ke seratus penjajahan Perancis di negara itu telah menyatakan bahawa barat mesti melenyapkan al-Quran berbahasa Arab dan membuang bahasa Arab dari lidah umat Islam kalau mahu menguasai mereka. Seorang pemimpin barat lain, Willan Geford menyatakan bila al-Quran dan bandar Mekah sudah lenyap dari Negara Arab, pada ketika itulah kita akan melihat orang Arab menuju kepada kebudayaan barat dan menjauhi diri dari ajaran Muhammad dan kitabnya.


3) Hancurkan Akhlak Umat Islam

Antara pendekatan yang digunakan oleh pihak barat untuk menghancurkan akhlak umat Islam selain mengeskport pelbagai budaya cabul ke negara-negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam ialah menganjurkan pembinaan sekolah-sekolah yang bercorak barat. Dengan kata lain, sistem pendidikan Islam perlu dihapus dan digantikan dengan sistem pendidikan yang berbentuk sekular. Gerakan pembaratan dilaungkan secara bersistmatik untuk memerangi segala nilai yang dianuti oleh umat Islam.
4) Memecah-belahkan perpaduan umat Islam.
Salah satu cara untuk memusnahkan perpaduan umat Islam ialah dengan menaja berbagai-bagai ideologi dan fahaman yang bercorak perkauman, kepuakan serta kebangsaan berdasarkan kepada sentimen yang sempit. Ini dilakukan dengan menjadikan manusia sebagai pusat dan objek pemujaan di mana penguasaan sains dapat mengatasi kekuasaan Tuhan.


5) Melemahkan Bangsa Arab
Seorang penulis barat pernah menyatakan bahawa kekuatan Arab adalah kekuatan Islam. Jadi, dengan menghancurkan orang Arab maka ia memudahkan proses penghancuran Islam. Inilah yang sedang dilakukan oleh barat terhadap negara-negara Arab yang terletak di Timur Tengah. Negara-negara Islam di rantau tersebut sengaja dilaga-lagakan dan dibiarkan terus bergolak untuk memudahkan pihak barat campur tangan serta melakukan penjajahan secara tidak langsung ke atas Asia Barat. Justeru itu, mereka tidak mengambil sebarang langkah yang serius untuk menyelesai dan menangani isu Palestin yang sudah berlarutan lebih daripada setengah abad. Sebaliknya umat Islam terus dipersalahkan di atas pergolakan yang berlaku itu.


6) Mendirikan negara diktator dan pemerintahan totalitarian

Seorang orientalis barat Amerika yang bernama W.K Smith sewaktu mengulas keadaan poltik di Pakistan telah menyatakan bahawa kalau umat Islam merdeka penuh dalam dunia Islam dan dibiarkan hidup di bawah naungan demokrasi, mereka tentunya akan berkuasa di negara-negara itu. Tetapi dengan melaksanakan sistem kediktatoran maka ia dapat menyekat penguasaan umat Islam dan agamanya. Sebab itulah beberapa seruan telah dibuat supaya pihak Amerika Syarikat membantu mendirikan negara-negara Islam di bawah kekuasaan junta tentera bagi menyekat perkembangan dakwah Islamiah.


7) Biarkan Umat Islam Mundur dan Bergantung Kepada Barat
Seorang pemimpin Perancis pernah menyatakan bahawa barat akan memberikan kepada dunia Islam apa yang dikehendakinya dan memastikan mereka tidak dapat membangun. Kalau barat gagal dalam misi tersebut, iaitu mengekalkan umat Islam dalam kemunduran dan kejahilan maka sudah tentu barat akan menghadapi bahaya berhadapan dengan kekuatan Islam. Sekaligus dominasi barat di dunia ini akan berakhir. Jadi, umat Islam perlu ditindas dan dibiarkan hidup dalam keadaan yang mundur serta tidak mampu berdikari.


8) Singkirkan Tokoh-Tokoh Islam dan Hapuskan Gerakannya
Barat bukan sekadar bimbang tentang kemunculan gerakan Islam tetapi berusaha untuk menghapuskannya. Seorang orientalis barat pernah menulis dalam akhbar London Times keluaran 1968 bahawa apabila seorang pemimpin berkelayakan dan mahir bercakap tentang Islam, maka agama itu akan muncul sebagai satu kekuatan politik terbesar di dunia ini sekali lagi. Bertolak daripada kebimbangan ini maka barat telah menyalurkan segala kekuatannya untuk menghancurkan gerakan-gerakan Islam dengan membunuh para pemimpinnya. British umpamanya telah memainkan peranan penting di dalam menghapuskan pemimpim dan pengaruh gerakan Islam yang dipimpin oleh Sheikh Muhammad Abdul Wahab di Semenanjung Arab, Gerakan Shehu Uthman dan Fodio di Nigeria serta Gerakan Mahdi di Sudan.


Sesungguhnya apa yang dipaparkan itu hanya merupakan sebahagian daripada komplot dan konspirasi yang dilakukan oleh barat untuk memusnahkan kekuatan Islam. Konspirasi yang telah berjalan ratusan tahun itu sebenarnya berlaku dalam seluruh ruang kehidupan umat Islam. Namun ramai yang tidak menyedarinya. Sebaliknya sama ada disedari ataupun tidak telah menjadi penyokong, pendokong dan penggerak kepada konspirasi tersebut. Umat Islam perlu sedar dan didedahkan dengan konspirasi tersebut supaya mereka tidak terus-menerus menjadi alat dan diperalatkan oleh para konspirator ini di dalam usaha mereka untuk menguasai dunia. Hanya Islam yang boleh menghalang dan mengagalkan rancangan mereka yang jahat itu.
(sumber : http://gratis45.com/perbandinganagama/lain2/ancaman_barat.html)